Pengenalan.
Salam Sejahtera & Selamat datang ke lelaman diari maya kami!
Kami adalah para pelajar dari Program Bahasa Pilihan (Melayu) (MLEP) di Maktab Rendah Tampines
dan ada juga yang merupakan anggota Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS).
Hubungi kami:
Maktab Rendah Tampines (TPJC)
Address: 2, TAMPINES AVENUE 9 ( 529564 )
Tel : 67841955 Fax : 67810061
e-Mail : tpjc@moe.edu.sg
School Website : http://www.tampinesjc.net/
Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura(KGMS)
55 Lorong L Telok Kurau,
#03-67 Bright Centre S(425500)
Tel : 64407952 Fax : 64403521
Wednesday, July 9, 2008
Tidak dapat dinafikan bahawa kos kehidupan di Singapura semakin meningkat. Ramai yang mengeluh mengenai kenaikan harga barangan. Pemerintah telah menaikkan kadar cukai perkhidmatan dan barangan (GST) kepada tujuh peratus. Tambang teksi dan bas telah meningkat dan akan terus meningkat. Kos kehidupan semakin meningkat, tetapi gaji warga Sigapura tetap sama.
Ramai yang mengeluh mengenai kos kehidupan yang meningkat. Namun, pada pendapat saya, tiada faedah jika kita sekadar mengeluh sahaja. Kita harus lakukan sesuatu untuk menangani kos kehidupan yang meningkat. Saya harap para pembaca akan berfikir sejenak mengenai cara-cara untuk menangani kos kehidupan yang meningkat. Sebagai contoh, kita boleh mematikan alat elektronik yang tidak digunakan. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan bil elektrik. Secara tidak langsung, kita dapat memelihara alam sekitar.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pemerintah untuk membantu warga Singapura menangani kos kehidupan yang meningkat. Rebat cukai perkhidmatan dan barangan (GST) diberi kepada warga Singapura. Skim bantuan kewangan diadakan bagi golongan yang kurang berkemampuan. Pendek kata, walaupun kos kehidupan semakin meningkat, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk membantu rakyat Singapura menangani peningkatan tersebut.
Akhir kata, terdapat pelbagai cara untuk menangani kenaikan kos kehidupan. Apakah usaha anda untuk menangani kos kehidupan? Apakah usaha lain yang boleh membantu rakyat Singapura?
4:56 PM
Syarat-syarat.
Syarat-syarat pertandingan
1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Singapura, penduduk tetap dan pelajar/pekerja asing yang belajar/bekerja di Singapura. Terdapat lima kategori yang disediakan iaitu: Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, JC/CI/ITE/Politeknik/Universiti, Umum dan Warga Emas.
2 Setiap peserta harus mengisi borang penyertaan yang disediakan dan menghantar borang tersebut kepada pihak penganjur melalui faksimili: 64403521 atau e-mel: admin@kgms.org.sg selewat-lewatnya pada 11 Julai 2008. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.
3 Setiap peserta harus mendaftarkan blog yang baharu dan menggunakan alamat blog yang bermula dengan bb2008- contohnya, bb2008-razmirah.blogspot.com. Kami harap para peserta akan menggunakan nama yang sesuai untuk alamat blog. Antara lelaman yang menyediakan perkhidmatan blog yang percuma ialah www.blogspot.com dan www.livejournal.com.
4 Di dalam blog para peserta, harus mengandungi catatan, perbincangan, buah fikiran dan komentar dalam bahasa Melayu tentang tema yang diberikan.
(i) Sekolah Rendah - Kegemaran Saya
(2) Sekolah Menengah - Permainan Tradisional
(3) JC/ITE/Poly/ Universiti - Pelestarian Budaya Melayu
(4) Umum - Menangani Kos Kehidupan yang Meningkat
(5) Warga emas (60 tahun ke atas)- Warisan Melayu
5 Segala gambar digital yang digunakan di dalam blog haruslah yang tulen dan tidak disalin dari mana-mana lelaman tanpa izin pemiliknya. Misalnya, gambar gasing dan wau.
6 Para peserta harus membuat catatan di dalam blog mereka bagi tempoh 27 Jun hingga 27 Julai 2008. Walau bagaimanapun, kami amat menggalakkan para peserta supaya meneruskan blog mereka selepas tempoh tersebut. Para peserta harus menulis sekurang-kurangnya 10 entri di dalam blog mereka.
7 Para peserta boleh membelek contoh blog di lelaman www.bb2008-pertandinganblogging.blogspot.com
8 Para pengadil akan menilai catatan blog para peserta bagi tempoh 27 Jun hingga 27 Julai 2008. Blog para peserta akan dinilai dari segi kerelevanan (isi dan bahasa yang digunakan), kreativiti (corak dan persembahan blog) dan nilai tambah (unsur ilmu dan pendidikan).
9 Keputusan pengadil adalah muktamad. Para pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan senarai nama pemenang akan dinaikmuatkan ke lelaman www.bulanbahasa2008.sg.
10 Hadiah-hadiah menarik dalam bentuk peralatan IT, buku-buku dan baucar akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori. Setiap peserta akan menerima sijil penghargaan yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2008.
11 Hadiah-hadiah akan disampaikan kepada para pemenang dalam suatu majlis yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Bahasa 2008.
12 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi/ SMS Saudari Nur Razmirah di talian 91018344 atau e-mel: blogging2008@hotmail.com atau Encik Abdul Malek Ahmad di talian 94249611 atau melalui e-mel abdulmalek@pacific.net.sg.