Pengenalan.
Salam Sejahtera & Selamat datang ke lelaman diari maya kami!
Kami adalah para pelajar dari Program Bahasa Pilihan (Melayu) (MLEP) di Maktab Rendah Tampines
dan ada juga yang merupakan anggota Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS).
Hubungi kami:
Maktab Rendah Tampines (TPJC)
Address: 2, TAMPINES AVENUE 9 ( 529564 )
Tel : 67841955 Fax : 67810061
e-Mail : tpjc@moe.edu.sg
School Website : http://www.tampinesjc.net/
Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura(KGMS)
55 Lorong L Telok Kurau,
#03-67 Bright Centre S(425500)
Tel : 64407952 Fax : 64403521
Saturday, July 26, 2008
Hari ini adalah 26 Julai 2008.
Esok pula?
Bagi sesiapa yang masih belum tahu, esok adalah 27 Julai 2008 - hari terakhir bagi anda menulis entri-entri anda di blog!
Ingin saya memaklumkan kepada anda semua bahawa sesiapa yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya 10 entri tidak akan berpeluang untuk menang kerana blog anda tidak akan diadili. Oleh itu, anda mempunyai hari terakhir esok untuk menulis sekurang-kurangnya 10 entri.
Bagi sesiapa yang sudah pun menulis sekurang-kurangnya 10 entri, syabas! Namun, janganlah biar semangat itu hilang. Teruskan semangat menulis diari maya yang berkobar-kobar di hati!
Sesiapa yang belum melengkapkan 10 entri pula, jangan putus asa! Esok masih ada.
Tunggu apa lagi? YOK BLOG YOK!
11:23 PM
Monday, July 21, 2008
Selamat malam semua!
Sudahkah anda menulis entri di diari maya anda? Saya ingin ingatkan anda semua untuk terus menulis di diari maya anda. Kepada mereka yang belum mula menulis di 'blog' mereka, ayuh mula sekarang. Saya harap anda semua dapat menulis lebih dari 10 entri.
Selamat bertanding!
Jika blog anda tidak disertakan di ruangan pautan, sila e-mail ahli jawatankuasa di blogging2008@hotmail.com.
8:24 PM
Monday, July 14, 2008
Masa berlalu dengan sangat pantas. Tanpa disedari, sudah masuk minggu ketiga pertandingan blogging. Ramai telah mendaftar blog mereka. Saya harap para peserta akan terus menulis entri dalam blog mereka. Saya ingin ingatkan bahawa para peserta harus menulis sekurang-kurangnya 10 entri. Namun, saya amat galakkan para peserta unutk menulis lebih daripada 10 entri. Selamat menulis! :)
9:32 AM
Thursday, July 10, 2008
Esok adalah 11 Jul 2008!
Bagi sesiapa yang masih belum sedar, esok adalah tarikh tutup bagi pendaftaran Pertandingan Blogging 2008. Oleh itu, jangan tunggu sesaat lagi, daftarlah sekarang jika anda belum juga melakukannya!
Hadiah-hadiah menarik menanti. Tunggu apa lagi? YOK BLOG YOK! (:
10:43 PM
Wednesday, July 9, 2008
Tidak dapat dinafikan bahawa kos kehidupan di Singapura semakin meningkat. Ramai yang mengeluh mengenai kenaikan harga barangan. Pemerintah telah menaikkan kadar cukai perkhidmatan dan barangan (GST) kepada tujuh peratus. Tambang teksi dan bas telah meningkat dan akan terus meningkat. Kos kehidupan semakin meningkat, tetapi gaji warga Sigapura tetap sama.
Ramai yang mengeluh mengenai kos kehidupan yang meningkat. Namun, pada pendapat saya, tiada faedah jika kita sekadar mengeluh sahaja. Kita harus lakukan sesuatu untuk menangani kos kehidupan yang meningkat. Saya harap para pembaca akan berfikir sejenak mengenai cara-cara untuk menangani kos kehidupan yang meningkat. Sebagai contoh, kita boleh mematikan alat elektronik yang tidak digunakan. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan bil elektrik. Secara tidak langsung, kita dapat memelihara alam sekitar.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pemerintah untuk membantu warga Singapura menangani kos kehidupan yang meningkat. Rebat cukai perkhidmatan dan barangan (GST) diberi kepada warga Singapura. Skim bantuan kewangan diadakan bagi golongan yang kurang berkemampuan. Pendek kata, walaupun kos kehidupan semakin meningkat, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk membantu rakyat Singapura menangani peningkatan tersebut.
Akhir kata, terdapat pelbagai cara untuk menangani kenaikan kos kehidupan. Apakah usaha anda untuk menangani kos kehidupan? Apakah usaha lain yang boleh membantu rakyat Singapura?
4:56 PM
Monday, July 7, 2008
Pelestarian budaya Melayu
Budaya Melayu. Apakah takrifan anda mengenai budaya Melayu?
Pada saya, budaya Melayu merupakan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuk bahasa yang digunakan, pakaian yang didondon, jenis makanan tradisional dan juga persembahan yang ditonjolkan oleh orang-orang Melayu.
Tidak boleh dinafikan bahawa masyarakat Melayu sangat kaya dengan budaya. Sebut sahaja tarian, seseorang itu sudah boleh membayangkan seorang atau sekumpulan orang Melayu menari dengan gerakan yang lemah-lembut. Sebut sahaja baju kebaya, seseorang itu boleh terbayang seorang wanita Melayu yang ayu jalan berlenggang-lenggok dengan baju kebayanya yang menampakkan bentuk badannya yang menjolok mata.
Namun, dunia kini semakin maju dan budaya Melayu pula semakin terhakis. Sedar atau tidak, terdapat segelintir orang-orang Melayu yang mula menyingkirkan budaya Melayu dari kehidupan mereka. Ada yang berpendapat bahawa ianya disebabkan arus kemodenan dan pengaruh barat manakala ada juga yang berpendapat bahawa budaya Melayu tidak lagi penting dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, saya sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pada saya, budaya Melayu adalah amat penting bagi memberi kami garis pedoman agar tidak terlalu hanyut dalam arus kemodenan. Oleh itu, masyarakat Melayu haruslah berganding bahu dalam usaha melestarikan budaya Melayu.
Ini boleh dilakukan dengan mengadakan beberapa aktiviti kebudayaan seperti Pesta Tarian Melayu atau Fiesta Makanan Tradisional yang mempunyai elemen keremajaan agar ia dapat menarik minat para remaja untuk turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
Budaya Melayu kita tinggi nilainya kerana ia telah diturunkan dari nenek-moyang kita sejak zaman dahulu lagi. Oleh itu, kita tidak sepatutnya hanya menjadi saksi kepada penghakisan budaya Melayu dalam arus kemodenan ini. Seyogia, kita patutlah mempertahankan warisan kita yang tiada bandingnya dengan segala permata di dunia.
Pelestarian budaya Melayu; tanggungjawab kita bersama.
10:53 AM
Friday, July 4, 2008
Hai semua!
Wah, pejam celik pejam celik, sudah seminggu lamanya semenjak pelancaran Bulan Bahasa 2008 diadakan dan sudah seminggu juga Pertandingan Blogging ini dimulakan ya!
Bagi sesiapa yang belum sempat mendaftarkan diri bagi mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jangan khuatir dan jangan risau kerana anda masih berpeluang untuk mendaftar! Tarikh tutup bagi pendaftaran adalah 11 Jul 2008 jadi jangan ketinggalan untuk turut serta dalam pertandingan ini!
Jangan lupa juga untuk mengajak rakan-rakan dan ahli keluarga anda anda untuk ambil bahagian ya! Lebih ramai, lebih meriahlah suasana! (:
Yok blog yok!
12:12 AM
Syarat-syarat.
Syarat-syarat pertandingan
1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Singapura, penduduk tetap dan pelajar/pekerja asing yang belajar/bekerja di Singapura. Terdapat lima kategori yang disediakan iaitu: Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, JC/CI/ITE/Politeknik/Universiti, Umum dan Warga Emas.
2 Setiap peserta harus mengisi borang penyertaan yang disediakan dan menghantar borang tersebut kepada pihak penganjur melalui faksimili: 64403521 atau e-mel: admin@kgms.org.sg selewat-lewatnya pada 11 Julai 2008. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.
3 Setiap peserta harus mendaftarkan blog yang baharu dan menggunakan alamat blog yang bermula dengan bb2008- contohnya, bb2008-razmirah.blogspot.com. Kami harap para peserta akan menggunakan nama yang sesuai untuk alamat blog. Antara lelaman yang menyediakan perkhidmatan blog yang percuma ialah www.blogspot.com dan www.livejournal.com.
4 Di dalam blog para peserta, harus mengandungi catatan, perbincangan, buah fikiran dan komentar dalam bahasa Melayu tentang tema yang diberikan.
(i) Sekolah Rendah - Kegemaran Saya
(2) Sekolah Menengah - Permainan Tradisional
(3) JC/ITE/Poly/ Universiti - Pelestarian Budaya Melayu
(4) Umum - Menangani Kos Kehidupan yang Meningkat
(5) Warga emas (60 tahun ke atas)- Warisan Melayu
5 Segala gambar digital yang digunakan di dalam blog haruslah yang tulen dan tidak disalin dari mana-mana lelaman tanpa izin pemiliknya. Misalnya, gambar gasing dan wau.
6 Para peserta harus membuat catatan di dalam blog mereka bagi tempoh 27 Jun hingga 27 Julai 2008. Walau bagaimanapun, kami amat menggalakkan para peserta supaya meneruskan blog mereka selepas tempoh tersebut. Para peserta harus menulis sekurang-kurangnya 10 entri di dalam blog mereka.
7 Para peserta boleh membelek contoh blog di lelaman www.bb2008-pertandinganblogging.blogspot.com
8 Para pengadil akan menilai catatan blog para peserta bagi tempoh 27 Jun hingga 27 Julai 2008. Blog para peserta akan dinilai dari segi kerelevanan (isi dan bahasa yang digunakan), kreativiti (corak dan persembahan blog) dan nilai tambah (unsur ilmu dan pendidikan).
9 Keputusan pengadil adalah muktamad. Para pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan senarai nama pemenang akan dinaikmuatkan ke lelaman www.bulanbahasa2008.sg.
10 Hadiah-hadiah menarik dalam bentuk peralatan IT, buku-buku dan baucar akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori. Setiap peserta akan menerima sijil penghargaan yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2008.
11 Hadiah-hadiah akan disampaikan kepada para pemenang dalam suatu majlis yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Bahasa 2008.
12 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi/ SMS Saudari Nur Razmirah di talian 91018344 atau e-mel: blogging2008@hotmail.com atau Encik Abdul Malek Ahmad di talian 94249611 atau melalui e-mel abdulmalek@pacific.net.sg.